@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Lilly,nak pergi jalan-jalan kat kawasan kampung tak?” soal Laila,sepupu Lilly.
“Hmm…boleh jugak…” jawab Lilly.
Mereka berdua keluar dan berjalan kaki ke kawasan kampung.
“Lama kau tak balik kampung….” Kata Laila cuba berbual dengan Lilly.
Lilly hanya mengangkat bahu dengan selamba kerana dia sedang mendengar lagu di iPODnya.
“Apa kata kau belajar cara orang kampung?Best tau duduk kampung….” Ajak Laila.
“Huh?!What?!Aku nak belajar cara orang kampung?Tak ada masa!” balas Lilly berlagak.
“Okey,sukati kau la….jom balik..” ajak Laila.
Lilly hanya mengikut Laila ke mana dia pergi.Biasalah tak tahu kampung!
Pada malam pula……
“Lilly,makan lah…” ajak Mak Long.
Lilly hanya mengangguk dan melihat lauk di depannya.
‘eeww!Petai?Sambal belacan?’ jerit hatinya.
Lilly hanya mengambil ayam dan sotong,yang lain dia tidak pernah makan seumur hidup!
Selepas makan,Lilly dan Laila masuk ke dalam bilik,kongsi bilik!
“Hmm…kau nak tidur mana?” soal Laila.
“Of course,on the bed!” jawab Lilly lalu duduk di atas katil Laila.
Laila hanya mengikut kehendak sepupunya,dia terpaksa tidur di atas tilam.
Jam menunjukkan pukul 12:00 malam.Tetapi Lilly masih belum tidur kerana banyak sangat nyamuk!
“Oh my god!Banyaknya nyamuk!” rungut Lilly.
“Macam mana nak buat ni?” soal dirinya.
Lalu dia mengejutkan Laila yang sedang sedap tidur.
“Laila!Wake up!!” kejut Lilly sambil menggoncang badan Laila.
Laila terjaga dengan cepat kerana dia selalu bangun awal.
“Kenapa kau tak tidur lagi ni?Kan dah tengah malam-malam buta ni….tidurlah…” arah Laila.
“Banyak nyamuklah,Laila!” rungut Lilly kepada Laila.
“Biasalah tu…kau tidur je lah!” kata Laila lalu baring semula dan tidur.
Lilly mengikut cakap Laila dan baring semula.Memang susah betul Lilly nak tidur jika banyak nyamuk!Lama-kelamaan Lilly tertidur juga.
Keesokkan harinya……
“Wei!Bangunlah!” jerit Laila sambil menggoncang bahu Lilly.
Lilly masih tidur mati!
Laila membiarkan sebentar dan pergi menjenguk ibunya di dapur.
“Ibu,dia tak nak bangun!” rungut Laila kepada ibunya.
“Biasalah,orang Bandar.Biar dia tidur….” Kata ibunya.
“Okey…ibu nak buat apa sarapan pagi ni?” soal Laila.
“Biasa-biasa je….nasi goreng dengan jemput-jemput…” jawab ibunya.
“Chantek! Lapar ni,ibu!” kata Laila lalu menolong ibunya masak.
Selepas siap membuat sarapan,Laila masuk ke dalam biliknya dan mengejutkan Lilly yang masih tidur mati!
“Lilly,bangun…”
“Lilly,bangun…”
“Lilly,bangun…
“Lilly,BANGUN!!!” jerit Laila sampai 3 kali Lilly tidak bangun-bangun.
Lilly terus terbangun apabila Laila jerit pada telinganya secara kuat.
“Apa ni?Pukul berapa sekarang?” soal Lilly masih lagi mamai.
“Pukul 8:30 pagi…pergi basuh muka sana…” arah Laila.
“Ala…lambat lagi….” Balas Lilly lalu sambung baring.
“Eh,eh,eh!Bangun…bangun!” arah Laila lagi.
“Sabarlah Laila….Baru pukul 8:30 pagi….” Rungut Lilly.
“Pergi,pergi,pergi!” arah Laila sambil menarik Lilly dari duduk di atas katil.
Akhirnya Lilly bangun dan pergi basuh muka.Selepas basuh muka,Lilly masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Laila.
“Dah basuh muka?” soal Laila.
“Yes…” jawab Lilly lemah.
“Jom pergi dapur…” ajak Laila.
“What?!No!” balas Lilly.
“Kenapa?” soal Laila lagi.
“Aku tak pernah pergi dapur….masak apatah lagi!” jawab Lilly jujur.
“Aku ajak kau pergi dapur untuk makanlah….” Kata Laila.
“Oh!okey!” balas Lilly lalu keluar bersama Laila.
Mereka keluar dan pergi ke dapur untuk makan bersama-sama…..
bersambung....
No comments:
Post a Comment