cerpen - aiN

UPTOWN GIRL

episod 1:

Seorang gadis sedang keluar dari perut kereta Mercedes yang berwarna kelabu juga bersinar-sinar apabila matahari memancar ke arah kereta Mercedes yang di miliki oleh Tan Sri Hazim.Gadis itu keluar dari perut kereta itu,lalu berdiri dengan melayangkan rambut perangnya kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Ambang.Dengan senyuman gedik di wajahnya,dia berjalan menuju ke kelasnya.

“Hey Lilly..”

“Hey girl…”

Siapa dua orang rakannya atau lebih tepat, pengikutnya yang juga gedik,iaitu Iman dan Marsha.Siapa Iman dan Marsha?

Iman Elizabeth atau senang dipanggil Iman.Dilahirkan di Malaysia tetapi berlagak di lahirkan di London kerana malu untuk memberitahu perkara yang sebenar,dia terpaksa berbohong demi menyelamatkan maruahnya.Walaupun namanya ‘Iman’,imannya tidak cukup kuat.Hanya berlagak sahaja pakai nama ‘Iman’.Anak kepada Tuan Aizam yang berpangkat CEO tertinggi.Mana taknya gedik semacam,dah kata anak CEO yang paling terkenal dan tertinggi pangkatnya.

Maya Marsha atau dikenali sebagai Marsha.Sangatlah ‘blur’ dan lurus bendul tetapi ramai juga lelaki ‘blur’ yang suka padanya.Sama seperti Iman,tidak tahu mengenai solat dan tidak pernah ambil tahu pasal solat.Anak kepada Dato’ Johan yang sangatlah gatal seperti Dato’ K.Tetapi dia tidak pernah bercerita tentang ayahnya yang gatal demi menjaga maruahnya disekolah.Dia hanya bercerita tentang pangkat ayahnya sahaja demi menjadi pelajar popular disekolah.

“Hey girls….” kata Lilly kepada Iman dan Marsha.

Lilly Inanie seorang gadis yang sangat cool dan gedik.Dilahirkan di Jerman tetapi dibesarkan di Malaysia.Sangat fasih berbahasa mat saleh dan wajahnya juga seakan-akan orang putih.Ayahnya seorang jutawan ,juga seorang Tan Sri yang berjaya.Tidak mempunyai adik-beradik hanya anak tunggal dan sangat manja kepada kedua orang tuanya.Semua benda yang ingin dia miliki pasti ayahnya akan tunaikan.Ramai lelaki nerd,tiada gaya dan lurus bendul tergila-gilakan Lilly Inanie Bt. Tan Sri Hazim.Mungkin disebabkan gaya,pangkat dan wajahnya, semua lelaki nerd tergila-gilakannya.

Di Sekolah Menengah Sri Ambang,hanya ada 4 jejaka yang sangat handsome,smart,kaya dan bergaya di mata Lilly.

4 jejaka itu ialah….

Diddy Fakrudin

Faizal Darbi

Wan Muhd Niezam

Muhd Syazril

Tetapi Lilly sangat tergila-gilakan Diddy Fakrudin atau nama glamornya Diddy.Iman dan Marsha juga pernah terpikat dengan Diddy Fakrudin, disebabkan takut Lilly marah ,mereka terus tidak jadi mahu mengorat Diddy.

“Diddy dah datang?” soal Lilly.

“Nope…his late okey…” jawab Iman.

“Yay,everyday!” tambah Marsha pula.

“Whatever!He still mine,okey…” Lilly masih bela Diddy.

“Yay,yay whatever!Setakat muka macam tu,ramai lagilah kat luar sana…” terlepas sudah kata-kata pedas dari mulut Iman.

Sambil tersenyum gedik dia membalas paku buah keras kepada Iman.

“Well,dulu kau jugak suka kat mamat ni…”

Iman terus diam dan memarahi dirinya sendiri di dalam hati.Lilly hanya tersenyum tanda menang,tiada siapa-siapa yang akan menang jika berlawan cakap dengannya.Dia sahaja yang betul!

KRINNNNNNGGGGGGGGGGG!!!!!!!

Bunyi loceng menandakan waktu belajar sudah tiba.Semua pelajar masuk ke dalam kelas dengan gaya kambing masuk kandang.Biasalah tu!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Seperti biasa,balik sahaja Lilly dari sekolah,dia terus mencampak begnya di dalam bilik dan terus baring di atas katilnya yang bersaiz king.

Dia mengambil iPODnya yang berwarna pink dan terus memasang ke telinganya.Lagu ‘love story’ dendangan Taylor Swift sedang berputar di telinga Lilly.Sememangnya,lagu itu sangat digemarinya.

Tok!Tok!Tok!

Kedengaran bunyi pintu bilik Lilly diketuk.

“Tak kunci…” kata Lilly.

Seorang wanita Indonesia membuka pintu dengan senyuman.

“Cik Lilly,makanannya udah siap” kata orang gaji yang pekat berbahasa Indonesia.

“Okey!Kejap lagi saya turun!” kata Lilly seperti tidak endahkan kata-kata orang gajinya yang bernama Wati.

Wati hanya mengangguk dan terus keluar pergi ke dapur untuk memberitahu pada Puan Sri Adryna.Wati yang berusia 28 tahun dan masih single,mingle dan triangle.Berasal dari Indonesia dan bahasa indonesianya sangat pekat bila berkata.

“Mana Lilly?” soal Puan Sri Adryna.

“Hmm…katanya bentar lagi…” jawab Wati.

Puan Sri Adryna hanya menggeling kepala dan berjalan menuju ke tangga.

“Lilly,dear!Come eat!...”

Lilly hanya mendengus dan tanpa membantah arahan ibunya,dia terus menuruni tangga dengan wajah yang masam mencuka.

“Kenapa ni?Are you okey,dear?”

Lilly tidak menjawab tetapi dia terus berjalan menuju ke bilik makan yang dipenuhi dengan banyak makanan.

Lilly duduk dan menunggu Puan Sri Adryna duduk disebelahnya.

“Wati,kamu pergi sidai kain,ya..” arah Puan Sri Adryna.

“Baik,Puan!” tanpa membantah Wati berjalan dengan laju menuju ke ‘bilik kecil’ atau senang dipanggil home laundry untuk mengambil baju yang sudah siap dibasuh dan menyidai baju-baju itu di halaman rumah.

“Mama,you know Diddy right?”

“Diddy?You mean Diddy Fakrudin?”

“Well,yeah.Who else name Diddy Fakrudin…” sindir Lilly.

“Okey,why with he?”

“Hmm…mama rasa dia tu handsome tak?”

“Well for me,his okey.Why?Dia nak meminang anak mama ke?” gurau Puan Sri Adryna.

“Maybe 10 years later…” gelak Lilly.Gatal betul!

“Yeah,I hope too…” Puan Sri Adryna juga seperti Lilly,gatal!Atau dalam bahasa mat saleh,like mother like daughter.

“Dah,makan.Penat mama masak….”

Tanpa membantah Lilly mengambil nasi dan menceduk lauk-pauk yang terlebih banyak yang dimasak oleh Puan Sri Adryna.Lilly terus makan tanpa menunggu ibunya mengambil lauk kerana perutnya sudah berkeroncong lagu ‘revolusi’ nyanyian Bunkface.

Selepas habis sudah makan tengahari,Lilly seperti biasa mengambil handphone nya dan berborak bersama geng-geng gediknya.

Lilly: Hello girls…

Iman: Hey..

Marsha: hey,so kita nak gosip fasal apa harini?

Lilly & Marsha: Hmm…

Iman: I know!

Lilly & Marsha:What?!

Iman: How about boys?

Lilly & Marsha: okey!

Iman: korang rasa Syazril handsome tak?

Marsha: Muhd Syazril?yang putih-putih tu?

Iman: yeah!who else name Muhd Syazril?

Lilly: okeyla,dia tak handsome tapi dia cute lah…

Marsha: betul tu.Kau rasa Faizal ke Niezam yang paling cute?

Lilly: hmm…Niezam handsome,Faizal pun handsome…I don’t know

Iman: I think Faizal better,sebab dia lebih putih dari Niezam.Niezam,hidung dia mancung lah…

Lilly: yeah,I think so…

Marsha: well,aku rasa aku nak amik dua-dua sekali!

Iman & Lilly: I don’t think so!!

Marsha: Huh!?

Lilly: Iman,please tell her okey.Aku kena chow dulu,kiss some love!

Iman: but….

Belum sempat Iman mahu bercakap dengan Lilly,Lilly terus menekan butang merah.

Iman: Lilly,wait!Ish,dah letak pulak!

Marsha: just tell me, Iman….

Iman: maybe kau tak payah suka kat Faizal dengan Niezam okey…

Marsha: why?

Iman: opps!my mum call,gotto go!bye…

Marsha: Iman!Hello?!

Iman terus menekan butang merah dan berasa lega kerana dia tidak perlu menjelaskan lagi perbualan mereka.

bersambung.....

kalo x best cakap tau! jgn malu2....thanks 4 reading....


No comments: