cerpen - aiN

UPTOWN GIRL

episod 2:

Sedang Diddy berjalan,dia terdengar satu suara lelaki memanggilnya.Dia mencari-cari suara itu bagai nak gila.Akhirnya,dia jumpa juga empunya suara itu.

“Slow lah kau,tak nampak ke kitaorang kat sini?” marah Niezam.

“Sori lah.Kenapa korang panggil aku ni?” soal Diddy.

“Okey,kitaorang nak buat battle of girls…kau nak join tak?” balas Faizal.

“Mean korang?” soal Diddy pura-pura tidak tahu.

“Macam kita buat time kita form 3….” Jawab Aril pula.

“Okey,aku join.Siapa perempuan tu?” soal Diddy seperti tidak sabar lagi.

Sambil tersenyum nakal mereka bertiga,Niezam,Aril dan Faizal menjawab dengan serentak.

“Lilly!!”

Terus muka Diddy berubah menjadi awam mendung.

“What?!Serius?!” soal Diddy seolah-olah tidak percaya.

Mereka hanya mengangkat kening tandanya ‘ya’....

“Kenapa perempuan tu?Tak,tak,tak dan tak…..” Diddy mengaku kalah.

“Kalau macam tu,jadi ‘pak turut’ kitaorang selama 2 minggu…” ugut Faizal.

“Belanja kitaorang selama 2 minggu…” kata Niezam pula.

“Kena dating dengan semua perempuan-perempuan form 2…” tambah Aril.

Bertambah-tambah lagi berkerut muka Diddy mendengar ugutan-ugutan dari Niezam,Faizal dan Aril.Diddy diam buat seketika dan pusing ke belakang.

Diddy pandang kembali kepada mereka bertiga dan tersenyum.

“Okey,kalau aku dapat tackle and couple dengan dia,korang kena jadi ‘pak turut’ aku selama sebulan!Amacam?Berani ke beruk-beruk sekalian?” cabar Diddy sambil ketawa.

“Okey!”

“No probs!”

“Layan je lah…”

Diddy hanya tersenyum menandakan dia sudah ada ‘plan’ untuk bermain game yang Niezam,Faizal dan Aril cabar.Diddy pasti yang dia akan menang dalam game,battle of girls.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

FIRST BATTLE: usha Lilly

Sedang Lilly berjalan menuju ke bilik komputer,seorang jejaka lelaki yang macho menuju ke arah Lilly.

“Hai Lilly..”

Lilly terkejut lalu mukanya bertukar ‘blushing’.

“Hai..Diddy..”

“Awak nak pergi mana?”

“Nak pergi mana lagi kalau dah ikut jalan ni…”

“Okey,boleh saya ikut or temankan awak?”

“Hmm…sure,kalau awak nak jadi bodyguard saya..” jawab Lilly sambil ketawa kecil.

“Kalau nak jadi bodyguard tu,kena bagi upah la…” balas Diddy sambil ketawa kecil bersama Lilly.

Sampai sahaja di bilik komputer,senyap sunyi bilik komputer tersebut.Lilly yang melihat bilik komputer itu seperti rumah hantu sahaja.Lilly terasa bulu romanya menegak.Diddy yang selamba dan cool tidak seperti Lilly.Dia rasa biasa dan melihat bilik komputer itu seperti bilik-bilik yang lain.

“Nak masuk tak?” soal Diddy.

Lilly hanya mengangguk.

Mereka berdua masuk bersama-sama dan …………………….

POM!

Lilly terkejut dan terus memegang tangan Diddy.Diddy yang pada masa itu terasa geli kerana perempuan yang memegang tangannya itu adalah perempuan yang tidak disukainya.

“Pintu je,Lilly…” kata Diddy lalu berjalan mnuju ke satu komputer yang agak chantek.

“Awak nak buat apa?” soal Diddy lagi.

“Nak surf internet kejap…”

Lilly pun membuka komputer dan mula surf dengan senang hati.Diddy juga tidak ketinggalan untuk surf internet di bilik komputer itu.

Selang beberapa minit….

“Alamak!Dah tersekatlah pulak!” marah Lilly.

Diddy yang terdengar kemarahan itu,melihat komputer yang dikatakan tersekat oleh Lilly.

“Bukan tersekatlah,awak bukak banyak sangat.Sebab tu lah dia jadi macam ni…” kata Diddy.

“Habis tu macam mana?” soal Lilly.

“Meh,sini…”

Diddy meletakkan tangannya di atas tangan Lilly yang berada di tetikus itu.Lilly mula ‘blushing’ dan melepaskan tangannya daripada tangan Diddy.

“Sori” kata Diddy tidak ikhlas.Dia sengaja buat begitu kerana,dia mahu Lilly jatuh chenta padanya.Ni kan battle of the girls!

“Okey,dah siap…” kata Diddy sambil tersenyum macho.

KRRIIINNNGGGGGG!!!!!

“Dah bunyi loceng lah,jom!” kata Diddy lalu keluar dari bilik komputer itu.

Lilly hanya menghembus nafas geram kerana dia tidak berkesempatan bersama-sama dengan Diddy lagi.

SECOND BATTLE : belanja Lilly minum

Tiga pelajar perempuan dengan gaya gedik sedang munuju ke kantin dengan celoteh sana sini.

“Okey girls,kita minum ‘ice lemon tea’ nak?” soal Iman.

“Okey..” balas Marsha.

“Laya….” Belum sempat Lilly mahu bercakap,seorang lelaki sedang berdiri di depan Lilly.

“Boleh saya belanja awak minum?” soal seorang pelajar lelaki yang skema dan nerd.

“What?!” jerit Lilly,Iman dan Marsha.

“No way! Aku boleh beli sendirilah! Go away!” marah Lilly.

Budak lelaki yang skema dan nerd itu hanya berlalu pergi dengan perasaan sedih.Iman dan Marsha hanya tergelak sambil melihat Lilly yang masih marah.Lilly hanya menahan perasaan marah dengan budak skema itu.

Tiba-tiba satu suara lelaki macho terdengar di belakang Lilly.

“Lilly,boleh saya belanja awak minum?”

Dengan perasaan marah dan tidak tengok terlebih dahulu empunya suara itu,Lilly secara tidak sengaja memarahi lelaki macho itu.

“Kan aku dah kata,aku tak…” sambil Lilly marah,dia pusing ke belakang dan……… terkedu seketika.

Diddy yang melihat Lilly diam dan terkedu itu,mengangkat keningnya seperti Ziana Zain.

“Owh,Diddy…...” kata Lilly lembut.

Dengan senyuman yang macho dan hensem Diddy terus bertanyakan sesuatu.

“So,boleh tak?” soal Diddy lagi.

“Huh?....yay,of course yes….” Jawab Lilly malu.

Iman dan Marsha yang setia menunggu disebelah Lilly masih memandang ke arah Diddy dan Lilly.Biar betul,Diddy nak belanja Lilly??Oh,my God!

“Lilly,kitaorang tunggu kat dalam kelas,okey..” kata Iman sambil tersenyum nakal.

“Hmm…okey..” balas Lilly dalam keadaan marah ,kerana dia terpaksa bersama-sama Diddy secara berdua-duaan.

Lilly berjalan bersama Diddy menuju ke tempat air.Pelajar-pelajar yang lain tidak perasan bahawa mereka sedang jalan bersama-sama.Biasalah,sedang selera makan!Kebulur agaknya!

“Awak nak minum apa?Ambil la…” kata Diddy.

‘Habis duit aku kena belanja perempuan ni…’ kata hati Diddy.

Lilly pun ambil dan memberikan kepada Diddy.Diddy pun bayar dengan wajah yang agak kesian tetapi masih macho beb!

bersambung.......

No comments: