cerpen - aiN

UPTOWN GIRL
episod: 10 [akhir]

“Awak nak taw tak?”

“Just tell me…”

“ It’s for the game…”

“Mean?”

“Aril,Faizal dengan Niezam buat battle, saya terpaksa ikut cakap diaorang.Kalau tak kena jadi ‘pak turut’ diaorang selama 2 minggu! Awak nak ke saya jadi ‘pak turut’ diaorang?”

“Awak taw tak,saya lebih suka awak jadi ‘pak turut’ diaorang daripada sakit kan hati Lilly…. I hate you!!”

Lissa bangun,belum sempat dia mahu melangkah satu tapak, tiba-tiba namanya dipanggil.

“Lissa…”

Lissa memaling dan dia menatap wajah Diddy.

Lissa bagaikan sedang menatap wajah seseorang yang dia cintai.Dia merasakan Diddy adalah orang itu.Orang yang selalu arwah ibubapanya bercakap ketika di dalam mimpi.

Lissa kembali ke alam nyata apabila Diddy memegang tangannya.

“Lissa…”

“Yes?”

“Please, forgive me….”

Lissa melepaskan tangannya daripada Diddy.

“Saya fikir dulu…. “

“Awak tak marahkan saya lah?”

“ Saya nak balik….”

Lissa berjalan menuju ke pondok untuk menunggu Puan Sri Adryna mengambilnya.Lilly tidak dapat hadir ke kelas tambahan kerana demam.Jadi,Lissa terpaksa pergi seorang diri ke sekolah.

Sebaik sahaja sampai di pondok menunggu,Lissa duduk dan sesekali melihat jam ditangannya.

‘baru 1:30….’ Kata hatinya.

Dia mengambil masa yang terluang untuk memikir pasal tadi.Mengapa dia perlu marah? Mengapa dia sangat marah kepada Diddy? Dan,mengapa pula dia membela Lilly? Huh! Senget!

Sedang Lissa memikir kan perkara sebentar tadi, tiba-tiba seorang lelaki duduk disebelahnya.Lissa masih belum sedar bahawa ada seorang lelaki sedang duduk di sebelahnya.

Lissa tersedar daripada lamunan sebaik sahaja lelaki itu memegang bahunya.Dia terus bangun dan menuju ke hadapan pondok menunggu.Lissa terasa geli kerana lelaki itu memegangnya.

Tiba-tiba lelaki itu memeluknya dan menutup mulut Lissa.

Lissa cuba menjerit tetapi tidak berdaya.Lelaki itu hanya ketawa.

“Kenapalah kau tunggu sorang-sorang kat sini…” kata lelaki jahat itu sambil ketawa.

Lissa cuba melawan dengan menyiku dagu lelaki jahat itu.Dia berjaya melepaskan diri daripada pelukan lelaki jahat itu,terus dia berlari ke arah padang sekolah.

Lelaki itu cuba menangkap Lissa tetapi gagal kerana Lissa sudah lari dahulu.Lelaki jahat itu masih kejar Lissa kemana dia berlari.

Sedang Lissa berlari menyelamatkan diri, tiba-tiba kain sekolahnya tersangkut dan ………

BUUKKK!

Lissa terjatuh ke tanah.

“Kau nak pergi mana?” soal lelaki itu lagi.

“Kau nak apa? Aku budak sekolah lagi!” jerit Lissa,takut.

“Aku nak apa?Aku nak kau!” jawab lelaki itu.

Lissa terkejut dan cuba untuk bangun,tetapi gagal.Disebabkan kakinya terseliuh,Lissa tidak dapat bangun bahkan lagi tidak berlari! Wajah Lissa makin pucat dan cuak!

Lelaki itu semakin dekat kepada Lissa.

“DIDDY!!!!” jerit Lissa,nyaring.

“Takde siapa dengar kau jerit….” acah lelaki itu.

Lissa memejam mata kerana takut dan juga mengharapkan seseorang akan selamatkannya.Lelaki itu cuba menyentuh wajah comel milik Lissa tetapi tangannya di tendang oleh seorang budak lelaki.

Lelaki itu bangun dan mengibas-ngibaskan tangannya yang di tendang oleh budak lelaki itu.

Lissa membuka matanya perlahan-lahan dan melihat orang di depannya.

“Diddy!” jerit Lissa lalu terpeluk Diddy.

“Hei,hei!” kata Diddy apabila dia dipeluk oleh seorang perempuan.Bukan muhrim!

“Sori….” Balas Lissa apabila sedar yang dia sedang peluk seorang lelaki.Lissa melepaskan pelukkan itu dan berdiri di belakang Diddy.

“Kau siapa? Pehal kau kacau dia!?” soal Diddy,kasar.

“Kenapa?Awek kau?” soal lelaki itu pula.

“Memang! Ni awek aku!” jawab Diddy.Lissa terkejut tetapi membiarkan sahaja,yang penting dirinya masih ‘bersih’ dan tidak dibuat apa-apa.

“Baik kau ‘bla’! Ke kau nak kena tae-kwondo, black belt?” acah Diddy.

Lelaki itu berlari meninggalkan Diddy dan Lissa disitu.Lissa berasa lega kerana lelaki jahat itu sudah pergi.

“Awak okey?” soal Diddy.

“Boleh la… kaki saya terseliuh sikit….” Jawab Lissa.

“Awak duduklah dulu….” Kata Diddy.

Lissa duduk perlahan-perlahan di atas tanah kering di padang sekolah.Diddy pula duduk di sebelahnya.Lissa dan Diddy terasa janggal kerana kedua-duanya tidak bercakap selama 5 minit.

“Emm…. Macam mana lelaki tadi boleh serang awak macam tu?”

“Er… dia tiba-tiba duduk sebelah saya masa,saya tunggu kat pondok tadi…”

“Owh….awak okey tak?”

Lissa hanya mengangguk.

“Er….emm…awak nak ba…” belum sempat Diddy mahu bertanya, tiba-tiba Lissa terus menjerit.

“Saya suka kat awak!!”

Diddy hanya tersenyum dan menggenggam tangan Lissa.

Lissa pula,pipinya kemerahan dan kepalanya diletakkan dibahu Diddy.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Aaahhh!” jerit Lilly dan Laila,gembira.

“Oh my god! 9A 1!!” jerit Lilly lagi.

“congratulations!!” ucap Laila sambil berjabat tangan dengan Lilly.

“congratulations to you too….. 10A 1!!” balas Lilly kepada Laila.

Lilly dan Laila sudah berbaik semenjak peristiwa Lilly terjatuh dalam sungai.Kini mereka berdua sudah berjaya di dalam pelajaran.Disebabkan Laila,Lilly sudah berjaya mendapat ‘A’ dalam semua subjek.

Tiba-tiba 2 orang jejaka macho datang ke arah mereka berdua.

Aril berdiri di sebelah Lilly dan Diddy pula berdiri di sebelah Laila.

“Awak dapat berapa?” soal Aril kepada Lilly.

“Emm….9A1 ….” Jawab Lilly sambil ketawa.

“Congratulations , sayang…..” ucap Aril sambil memeluk bahu Lilly.

Laila dan Diddy tersentak.

“Thanks ,sayang…. How about you?” soal Lilly pula.

“Emm…. 8A 1B ….” Jawab Aril sambil membuat muka sedih.

“It’s okey lah , sayang ….. okey daripada takde ‘A’ …. “ pujuk Lilly.

“ I know and I can accept it ….. Saya redha ….. ” balas Aril,sudah berubah.

Lilly hanya tersenyum dan memegang tangan Aril,erat!

Mereka berdua kembali memandang ke arah Laila dan Diddy.

“Woi!” jerit Lilly.

Laila dan Diddy tersedar.

“Apa?!” soal Laila pula.

“Pehal korang nih?” soal Lilly.

“Korang couple?” soal Laila,tidak jawab soalan Lilly.

“Yup!” jawab Lilly sambil tersenyum manis kepada Aril.

Laila dan Diddy hanya ketawa dan tersenyum.Lalu mereka berdua berjalan menuju ke padang sekolah dan meninggalkan Lilly dan Aril disitu.

“Awak still ingat tempat ni?” soal Diddy sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas padang sekolah.

“Tempat ni? Mesti la…..” jawab Laila,lembut.

“Saya pun still ingat tempat ni.Tempat ni lah yang buat kita macam ni….” Balas Diddy sambil memegang tangan Laila.

“Yay…. Saya ingat lagi yang saya jerit kat awak ‘saya suka kat awak’ …..” ngaku Laila sambil ketawa malu.

“ Yay…me too! And you know what, I really love you Melissa Rihanna…..” ucap Diddy sambil mencium tangan Laila.

“Saya bukan Melissa Rihanna, tapi saya Laila Syafida! And I love you too , Diddy Fakrudin ….” Balas Laila lalu meletakkan kepalanya di bahu Diddy sambil tersenyum gembira.

Dan akhirnya Laila sudah bertemu dengan orang yang dicarinya selama ini.Juga Diddy,dia sudah mendapat Laila dan hidup mereka sangat gembira.

Bagi Aril pula, dia sudah lama jatuh hati kepada Lilly,tetapi dia tidak mahu terburu-buru untuk memberitahu kepada Lilly ketika di tingkatan 4 kerana masa itu,Lilly masih suka pada Diddy.Dia terpaksa menunggu Lilly sampai di tingkatan 5.Dan Lilly pula, dia dapat menerima Aril sebagai mana dia menerima Diddy dahulu.Lilly juga sudah berubah daripada menjadi ‘uptown girl’ ke gadis biasa seperti Laila.Disebabkan Laila,dia sudah berubah! So, Thank You Laila!

~TaMMaT ~

so?amacam?ok x?

No comments: