cerpen - aiN

UPTOWN GIRL
episod:8

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sedang Lissa berjalan menuju ke pagar sekolah untuk pulang ,tiba-tiba namanya dipanggil dengan satu suara yang dikenali ramai.

“Lissa!”

Lissa menoleh dan dapati Diddy sedang berlari menuju ke arahnya.

“Hai….”

“Er…emm… hai….”

“Awak,kita balik sama-sama boleh?” soal Diddy.

Lissa memandang sekelilingnya.

“Awak…” kata Diddy lagi.

“Yes?” Lissa tersebut perkataan itu dengan tidak sengaja.

“Thanks Lissa!”

‘Apa aku nak buat ni?Kalau Lilly nampak,mati aku!’ jerit hati Lissa.

“Diddy,sebenarnya saya balik dengan Lilly.So,saya tak boleh lah nak balik dengan awak….” Lissa cuba melarikan diri dari Diddy.

“Tapi awak dah cakap boleh tadi…..” Diddy pura-pura merajuk.

“But,her mother is here…..please lah awak! Next time okey?”

“Hmm….okey,tapi dengan satu syarat…”

“What?”

“Give me your phone number….”

Mata Lissa tiba-tiba terbeliak bagaikan nampak hantu!

“Hmm….” Tiba-tiba Lissa ternampak Lilly.

“Lilly,aku masuk dalam kereta dulu!” jerit Lissa ,lalu berjalan menuju ke kereta Puan Sri Adryna.

“Lissa!” jerit Diddy apabila dia perasan yang Lissa meninggalkannya.

“Hai sayang!”

“Emm….hai..”

“Awak tak balik lagi?”

“Tak….saya baru je cakap dengan Lissa,cousin awak tu….”

Pipi Lilly tiba-tiba bertukar kemerahan kerana marah sebaik sahaja Diddy menyebut nama ‘Lissa’.

“Awak cakap apa dengan dia?” soal Lilly kasar.

“Nothing.Awak takyah lah jelez…. I just love you sorang je……” tipu Diddy.

“Yeah right….!” Balas Lilly acuh tidak acuh sahaja.Lalu dia berjalan meninggalkan Diddy tanpa sebarang senyuman seperti biasa.

Di rumah Puan Sri Adryna……….

“Girls! Lunch is ready!” kata Puan Sri Adryna kepada Lilly dan Laila.

Laila berjalan menuju ke bilik Lilly sebaik sahaja dia menukar baju di biliknya sebentar tadi.

“Lilly,makanan dah siap….jom makan sesama!….” Ajak Laila,lembut.

“Aku tawlah!Kau ingat aku dah pekak?!” balas Lilly,kasar.

“Okey…”

Belum sempat Laila mahu melangkah ke hadapan,Lilly menarik lengan Laila secara kasar.

“Diddy cakap apa kat kau,tadi?”

“Hmm….takde apa-apa….” Jawab Laila seperti bersalah kerana menipu Lilly.

“Sure?”

Laila hanya mengangguk.

“Stay away from him…”

“Don’t worry , I don’t want your boyfriend….”

“Yeah right!”

Lilly melepaskan lengan Laila dan berjalan menuju ke dapur.

Laila terasa bersalah kerana dia tidak beritahu perkara yang sebenarnya kepada Lilly.

Laila menahan nafas dalam-dalam dan menghembus secara perlahan-lahan,lalu dia turun dan menuju ke dapur untuk makan bersama-sama Lilly dan Puan Sri Adryna.

Sedang mereka bertiga makan, Puan Sri Adryna tiba-tiba memberikan hadiah kepada Laila.

“Huh?” Laila keliru.

“Just take it……just for you….” Kata Puan Sri Adryna kepada Laila yang keliru sejak dari tadi.

Lilly hanya melihat dan pura-pura tidak nampak.

Selesai makan,Laila berjalan menuju ke ruang tamu untuk membuka hadiah yang diberikan oleh Puan Sri Adryna.

Laila terkejut dan ada juga rasa-rasa gembira kerana Puan Sri Adryna memberikannya handphone Nokia 7100 Supernova yang cool! Oh My God!

“Mak…Mak…Mak Ngah! Laila tak boleh lah nak terima ni…..”

“Kenapa pula? Laila kan takde handphone….so,Mak Ngah belikan handphone ni untuk Laila…”

“Tapi tak susahkan Mak Ngah ke?”

“Takde la….Mak Ngah nak tengok Laila happy….”

Laila tersenyum ikhlas.

Lilly yang sedang minum air disebalik dinding ruang tamu itu,sudah menggenggam tangannya dan menjadikan penumbuk.Marahnya bertambah lagi!

“Thanks Mak Ngah!”

“No need,dear…. Ni nombor Laila and don’t call me ‘Mak Ngah’ okey? Just call me ‘mama’ , ”

Laila mengangguk dan senyumannya semakin lebar sampai ke telinga.

“Thanks again Mak Ngah! I mean mama….” Ucap Laila masih lagi kekok.

Puan Sri Adryna tersenyum melihat Laila gembira lalu beliau berlalu pergi dari situ untuk melihat keadaan di dapur.

Lilly keluar disebalik dinding ruang tamu itu sebaik sahaja Puan Sri Adryna berlalu pergi.Dia mula dekati Laila.Perasaannya marahnya masih berbaki,dengan senyuman plastiknya dia tersenyum gembira pada Laila.

“Oh my God! You have a new handphone!” kata Lilly tidak ikhlas.

“Kau reti guna tak?” soal Lilly.

“Buat masa sekarang belum lagi.InsyaAllah,lama-lama aku reti….” Jawab Laila.

“Okey….”

“Aku naik atas dulu…. Nak solat zuhur….” Kata Laila lalu berjalan menaiki tangga dan menuju ke biliknya.

‘What the hell…..’ itulah perkataan pertama yang disebut oleh Lilly sebaik sahaja Laila masuk ke dalam bilik.

‘She makes me crazy!’ jerit hati Lilly.

Usai solat Zuhur,Laila baring di atas katilnya dan mencapai handphone barunya.

“Bertuah ke aku?”

“Kenapa Mak Ngah baik sangat dengan aku?”

“Laila rindu ibu dengan abah!”

Tiba-tiba air mata Laila mengalir laju dipipinya kerana mengenang ibubapanya yang sudah pergi meninggalkannya.Begitu lama Laila menangis dan tanpa disedari dia tertidur dengan keadaan menangis.

“Laila….Laila kena cari orang yang boleh jaga Laila kat luar sana.….”

“Laila mesti cari sorang lelaki yang boleh jaga Laila…..”

“Laila…..saya cintakan awak!...”

Laila terbangun kerana terkejut dan dia terus beristifar banyak-banyak kepada Tuhan.

“Macam mana aku boleh mimpi ibu dengan abah?”

“Kenapa aku mimpi Diddy jugak?!”

Itu perkataan yang sedang berlegar-legar dikepala Laila sejak daripada tadi.Apakah maksud mimpi itu sebenarnya?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

6 bulan sudah berlalu dengan pantasnya.Pejam,celik,pejam,celik dah 6 bulan Laila bersekolah bersama Lilly.6 bulan itu juga banyak peristiwa yang dia alami dalam hidupnya.Banyak peristiwa yang dia tidak boleh lupakan.Semuanya bagaikan mimpi!

PERISTIWA 1

“What?!” jerit Lilly.

“Sori ,Lilly…..Saya tak suka awak sebenarnya….” Ngaku Diddy.

“So,sekarang awak nak cakap kita putus!?” soal Lilly terkejut.

“Kenapa nak putus pulak? Bukan ke kita memang takde relationship?” soal Diddy pula.

“But….awak mintak couple!” kata Lilly tidak puas hati.

“That’s for the game! Lurus bendul lah awak ni….”

“But Diddy….I love you!”

Diddy tersenyum kepada Lilly.”Sorilah sayang….I have new one that’s better than you…” balas Diddy dengan kata-kata yang manis.

Diddy bangun dan berjalan perlahan-lahan meninggalkan Diddy keseorangan disitu.

“What the F***!” jerit Lilly.

“Tak guna punya jantan! Mesti sebab Laila ni!”

“Tak guna kau Laila!”

PERISTIWA 2

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan la apa ku rasa”

Handphone Laila berdering secara tiba-tiba menandakan ada orang sedang menghubunginya.Laila terbangun lalu mencapai handphonenya dan melihat nama yang tetera di skrin handphone itu.

‘Unknow’

“Siapa lak yang call aku malam-malam buta ni?”

Laila membiarkan handphone berdering.Tetapi disebabkan terlalu bising,dia menekan butang off dan membiarkan handphone itu diatas meja.Dia kembali meletakkan kepalanya diatas bantal empuk dan kembali ke alam mimpinya.

Esok malamnya,masih sama! Handphone Laila berdering lagi! Dia masih sabar dan menekan butang off dan membiarkan handphone nya diatas meja.

Sudah hari yang ke-5,handphone nya masih berdering sebaik sahaja tepat jam pukul 12 malam.Laila tidak tahan lalu menjawab panggilan itu.

Laila: hello,sapa ni?

Diddy: ……

Laila: sapa ni?!

Diddy: awak tak kenal ke nombor ni?

Laila: kalau saya kenal,takde nya saya tanya ‘siapa’!

Diddy: kat sekolah,semua budak perempuan taw nombor ni….kenapa pulak awak tak taw?

Laila: sebab saya tak jaga tepi kain orang lain! Saya takde masa nak teka-teka awaklah! Sapa awak ni?!

Diddy: kat sekolah nanti,awak taw la….

Laila: whatever! I want to sleep! Don’t call me again!

Diddy: wait!.....

Laila menekan butang merah dan terus menekan butang off.Dia kembali kepada katilnya dan tidur dengan nyenyak.

Sebenarnya memang Diddy yang call.Diddy sudah jatuh hati dengan Laila tetapi Laila tidak tahu,sebab itulah dia call Laila setiap hari pada pukul 12 malam.

bersambung....

No comments: